Ahad, 4 September 2016

CIPTAAN PLANET BUMI DAN LANGIT




  • Menurut Ibnu Khabir, pada masa lampau langit dan bumi adalah satu, bergabung antara satu sama lain.
  • Allah SWT telah memisahkan dan menjadikan bumi dan langit yang tujuh.
  • Menurut Stephen W.Hawking dalam bukunya ‘A Brief History of Time ; From The Big Bang To Black Holes, dengan sendirinya telah meramalkan bahawa masa ruang bermula daripada satu ledakan dan akan berakhir sama ada dengan suatu kecutan yang besar ( Crunch ) atau dengan satu kecutan di dalam satu lubang hitam ( seperti jika sebiji bintang runtuh) .
  • Menurut Ibnu Kathir Allah SWT menjadikan langit yang tinggi dengan kuasaNya dan memperluaskan pinggir-pinggirnya. Allah SWT berkuasa memperkembangkan alam semesta.
  • Dalam buku “The Evolving Universe : An Introduction to Astronomy”, Donald Goldsmith (1981) mencatatkan di halaman 106 : Ahli astronomi Edwin Hubble (1989-1953) mendapati bahawa seluruh alam semesta sedang mengembang. 
  • Kumpulan galaksi sedang bergerak lebih jauh daripada satu dengan yang lain di semua tempat. 
Buku rujukan: 

Abu ar-Razi al-Ahmadi (2002), Menyingkap keajaiban Al-Quran mengikut kajian sains, Selangor Darul Ehsan:                           Pustaka Ilmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan