Ahad, 4 September 2016

KEUNIKAN COP JARI MANUSIA



  • Kesimpulannya disini, sebagaimana yang kita ketahui setiap jari-jemari yang kita miliki tidak menyamai antara satu orang dengan orang lain.
  • Sebab itu dalam ayat di atas digambarkan kesempurnaan ciptaan Allah adalah terletak pada jari-jemari mereka.
  • Disini seolah-olah satu rahsia ajaib yang sengaja disembunyikan oleh ilmu Allah dari pengetahuan kita yang terbatas.
  • Dengan penciptaan Allah itu,manusia dapat menggunakan jari dan ibu jari khususnya untuk faedah harian mereka.
  • Lebih-lebih lagi boleh dijadikan bukti yang paling konkrit untuk mengenali suara dan sifat manusia yang berjuta-juta bilangan mereka terutama sekali dalam urusan kod peribadi manusia.
  • Secara tidak langsung menyenangkan kita dalam pengendalian pesalah-pesalah jenayah.

Buku rujukan:
Abu Jaafar Mukmir (2001), Keajaiban Organ Tubuh Manusia, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.


PENEROKAAN ANGKASA LEPAS


                                                            


  • Dalam suku kata ayat pertama diatas, Allah telah memberi kebebasan kepada manusia supaya melintasi segala penjuru bumi, baik untuk mengetahui rahsia keajaiban alam ataupun mencari kepuasan berilmu.
  • Manakala suku kata kedua ayat ini memberi inspirasi yang sangat tinggi kepada kita semua bahawa manusia mampu melintasi(menembusi langit dan bumi) jikalau mereka betul-betul mahu sampai kepadanya.
  • Justeru itu Allah menyebut(dengan kekuasaan).Sesungguhnya dengan kekuasaan ilmulah manusia dapat membuktikan.
  • Tetapi malangnya umat Islam tidak menggunakan ilmu ini untuk mencipta sejarah kegemilangan.
  • Sebaliknya orang-orang barat(Eropah) yang begitu prihatin kepada ilmu dan coba menerokanya, telah berjaya mencipta sejarah dapat menembusi ruang langit dan bumi yang dinyatakan oleh Allah sehingga sampai ke bulan dengan pesawat angkasa lepas pada tanggal 12 April 1961 oleh pelopornya Yuri Gagarin.
  • Diikuti pula oleh kejayaan pesawat Columbia(milik Amerika Syarikat) pada 14 April 1981 dan percubaan-percubaan lain untuk sampai ke planet yang lebih jauh.


Buku rujukan:

Rosli Bin Husin (2000), Al-Quran  Sumber Pendidikan, Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.


CIPTAAN ALAT PENGANGKUTAN YANG CANGGIH




                                                                                                        (Surah an-Nahl: 8)
  • Dalam ayat di atas,al-Quran membuka pandangan kita bahawa sesuatu kenderaan lain akan tercipta berdasarkan petunjuk kekuasaan ilmu Ilahi yang tidak diketahui oleh manusia pada zaman silam.
  • Pedoman ini tidak lain untuk faedah kita semua dalam  memberi kemudahan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • Misalnya untuk mengerjakan haji ke Makkah,mencari rezeki,menjelajahi dunia ciptaan Ilahi,mempertahankan umat dari serangan musuh dan sebagainya.
  • Maka hasil kepakaran manusia dengan dibantu oleh kuasa ilmu Ilahi,tercetusnya suatu rekaan yag terbaru dalam dunia pengangkutan.
  • Umpamanya realiti menyaksikan wujudnya keretapi, motokar, kapal terbang, hovercraft, jet, roket, kapal angkasa, kapal perang dan sebagainya.


Buku rujukan:

Roslin Syamsuri (1998), Arus Kebangkitan Remaja Muslim ke arah Islam secara global 131,                            Batu  Caves : Pustaka Ilmi.


MADU LEBAH


                                                             

                                                                                                        (Surah an-Nahl : 68-69)

Dari Ibnu Umar r.a katanya : 
"pernah kami mendapatkan rampasan dalam peperangan berupa madu lebah dan buah anggur, lalu kami makan dan tidak kami bawa pulang."        (Diriwayatkan oleh Bukhari)


  • Menurut Karl Von Frish lebah berkomunikasi antara satu sama lain melalui gerakan yang berupa tarian.
  • Nektar yang dikumpulkan oleh lebah merupakan bahan yang akan ditukar menjadi madu di dalam perut lebah.
  • Perut lebah dinamakan dengan istilah ‘Perut Madu’ (Honey Stomach).
  • Nektar bunga mengandungi 60% air dan kandungan gula sukrosa yang tinggi, 40-50%.
  • Madu yang dihasilkan oleh lebah madu bergantung kepada sumber bunga. Perbezaan madu yang dihasilkan dapat dilihat melalui perbezaan warna madu dari tidak berwarna kepada warna kuning keemasan, kuning kecoklatan, coklat kehitaman hingga warna kehitaman. 
  • Madu lebah juga merupakan raja ubat dan mujarab bagi menyembuhkan penyakit seperti penyakit saluran pernafasan, gangguan hati, selesema, gangguan paru-paru dan sebagai permudah penghadaman.     Madu lebah juga menjadi sumber tenaga dan telah diketahui sejak zaman Rasulullah SAW .   
Buku rujukan:

Ammar Fadzil (2007), Anatomi Al-Quran, Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.



    CIPTAAN PLANET BUMI DAN LANGIT




    • Menurut Ibnu Khabir, pada masa lampau langit dan bumi adalah satu, bergabung antara satu sama lain.
    • Allah SWT telah memisahkan dan menjadikan bumi dan langit yang tujuh.
    • Menurut Stephen W.Hawking dalam bukunya ‘A Brief History of Time ; From The Big Bang To Black Holes, dengan sendirinya telah meramalkan bahawa masa ruang bermula daripada satu ledakan dan akan berakhir sama ada dengan suatu kecutan yang besar ( Crunch ) atau dengan satu kecutan di dalam satu lubang hitam ( seperti jika sebiji bintang runtuh) .
    • Menurut Ibnu Kathir Allah SWT menjadikan langit yang tinggi dengan kuasaNya dan memperluaskan pinggir-pinggirnya. Allah SWT berkuasa memperkembangkan alam semesta.
    • Dalam buku “The Evolving Universe : An Introduction to Astronomy”, Donald Goldsmith (1981) mencatatkan di halaman 106 : Ahli astronomi Edwin Hubble (1989-1953) mendapati bahawa seluruh alam semesta sedang mengembang. 
    • Kumpulan galaksi sedang bergerak lebih jauh daripada satu dengan yang lain di semua tempat. 
    Buku rujukan: 

    Abu ar-Razi al-Ahmadi (2002), Menyingkap keajaiban Al-Quran mengikut kajian sains, Selangor Darul Ehsan:                           Pustaka Ilmi.

    Sabtu, 3 September 2016

    KEJADIAN ALAM PADA HARI KIAMAT





    Sabda Rasulullah yang bermaksud :  

        “ Sesungguhnya Allah mengenggam bumi dan langit dengan tangan kananNya”.


    • Allah SWT  telah membuat perumpamaan bahawa pada hari kiamat langit dikecutkan sebagaimana lembaran-lembaran kertas dikecutkan dalam genggaman tangan.
    • Dr.  Shahidan Randiman penyelidik daripada Jabatan Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian mengenai pengecutan beberapa jenis kertas termasuk kertas minyak.
    • Beliau mendapati dimensi fraktal ( mencirikan pengecutan itu ) bagi kertas minyak adalah 2.1 .
    • Angka tersebut sama dengan dimensi fraktal bintang-bintang di alam semesta yang telah didapati oleh profersor Chanderasekhar pada tahun 1939.  

    Buku rujukan: 

    Muhammad Baihaqi (1999), Perjalanan Roh Manusia Melalui 4 alam, Kuala Lumpur: Al-                                    Hidayah Publishers.


    Abu ar-Razi al-Ahmadi (2002), Menyingkap keajaiban Al-Quran mengikut kajian sains, Selangor                                                   Darul Ehsan : Pustaka Ilmi.